Perutusan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) |
||
Salam hormat, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada tahun 2020 telah diperkemaskan dengan menjajarkan 10 Bidang Keberhasilan Negeri Sabah (BKN) dengan Lima (5) Fokus Utama Bajet Negeri dan Pelan Digital Negeri Sabah. Melalui penjajaran ini yang mempunyai pelbagai insiatif dan strategi yang dipertanggungjawabkan kepada pelbagai Kementerian/Jabatan dan Agensi diyakini Visi Kerajaan Negeri untuk Melestarikan Kemajuan dan Kemakmuran Sabah dapat dicapai. Sehubungan dengan itu semua inisiatif dan strategi digariskan dalam Buku Petunjuk Prestasi Utama Edisi 2020. Selaras dengan saranan YAB Ketua Menteri Sabah yang menggesa supaya penggunaan digital dalam perkhidmatan awam negeri terus diperkasakan dan Visi YB Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Sabah Digital Government, inisiatif pendigitalan yang dijadikan petunjuk prestasi utama telah dijajarkan mengikut fasa-fasa yang digariskan dalam Pelan Strategik Sabah Digital Government (2020-2024). Pada Tahun 2020 sebanyak 145 inisiatif pendigitalan yang merangkumi pendigitalan mekanisme penyampaian perkhidmatan dan pembangunan database yang diperolehi secara digital. Petunjuk Prestasi Utama ini juga dijajarkan dengan Lima (5) Fokus Utama Bajet Negeri Sabah. Pelbagai inisiatif dijadikan petunjuk prestasi utama bagi membolehkan matlamat Bajet tersebut dapat dicapai. Lima (5) Fokus Utama Bajet Negeri Sabah adalah Fokus 1: Meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian Kerajaan Negeri, 149 Kpi; Fokus 2: menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendekatan inklusif, 62 kpi; Fokus 3: Mempercepatkan pembangunan sektor-sektor produktif termasuk menarik pelaburan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negeri, 70 kpi; Fokus 4: Memperkasa pembangunan modal insan melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran, produktiviti dan inovasi, 37 kpi; dan Fokus 5: Meningkatkan pembangunan pembolehdaya seperti ICT, infrastruktur asas fizikal, utility dan kemudahan awam bagi menyokong pembangunan sosial serta pertumbuhan ekonomi negeri, 88 kpi. Saya percaya dengan pengembelingan tenaga, sumber, kreativiti, inovasi dan komitmen semua, pelbagai inisiatif yang di tetapkan dalam Petunjuk Pretasi Utama Edisi 2020 ini dapat dicapai.
Ramlee Bin Kariah Timbalan ketua Pengarah (Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah |
||
![]() |
||